Assalamualaikum! Saya Arif, pengasas Empayar Muallim Arif dan seorang guru yang aktif berkongsi ilmu pedagogi di media sosial.
PENGALAMAN SAYA
Dahulu, saya sendiri bergelut untuk menjadi seorang guru. Saya tidak tahu siapa yang boleh dirujuk tentang temuduga, dan tidak pasti persediaan apa yang perlu saya buat. Ketika hari temuduga, saya sangat gementar sehingga jawapan saya pun tidak teratur. Alhamdulillah, rezeki masih menyebelahi, dan saya berjaya menjadi seorang guru.
Misi Kami
Pengalaman itu menyedarkan saya. Pasti ramai calon lain yang akan menghadapi cabaran serupa. Justeru, saya mengambil keputusan untuk menghasilkan pelbagai produk berkualiti pada harga rahmah untuk membantu calon guru seperti anda dalam temuduga. Setiap produk disusun berdasarkan pengalaman sebenar saya dan maklumat penting daripada panel-panel temuduga yang sahih. Harapan kami, anda tidak mengulangi kesilapan saya dahulu!
IMPian kerjaya perguruan anda bermula di sini
Kami bantu anda buat persedian temuduga anda dengan lebih mudah tanpa gementar di hari temuduga nanti
Dapatkan pelbagai produk eksklusif berkualiti tinggi yang direka khas untuk warga pendidik daripada panduan temuduga sehingga dokumen perguruan yang lengkap seperti RPH, soalan peperiksaaan dan lain-lain.
DAPATKAN INFO TERKINI
Jangan lupa untuk dapatkan informasi terkini daripada Empayar Muallim Arif dengan mengisi butiran anda di bawah.